doakan kebahagiaan kami..

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ::ketawa dan airmata::. Show all posts
Showing posts with label ::ketawa dan airmata::. Show all posts

Wednesday, 9 May 2012

pelangi petang

"engkau tiba bagaikan pelangi..
     tak bercahaya namun kau berseri..
 tapi cukup menghiburkan hati ini..
     seharian waktu bersamamu..
 tak terasa saat yang berlalu..
    bagai pelangi petang kau kan pasti..
 pergi jua...."
                                
                       siyes aku nangis masa taip lirik kat atas tuh :'( korang feel tak bila nyanyi or dengo lagu tu? sape la kan 'pelangi petang' korang tu? sape2 pon dia aku pecaya yang satu ari nanti andai ditakdirkan dia pergi mesti berat sangat2 kan ati nak lepaskan dia?

ekceli bagi aku 'pelangi petang' aku is are the person who i love the most..most2 pon tapi ramai jugek jugak..hehe
seperti biasa ofkos la family kan..setakat ni aku rasa bersyukur and bertuah sangat2 coz still havin both of my parents..but ada adik-beradik aku yang da pergi dulu dari kami..my abang yang sulung 'along' da pergi tak kembali..and then my third bro plak, meninggal masa baby coz demam panas/kuning tak silap..and lagi sorang tak sempat nak jenguk alam fana ni coz my ibu keguguran..all of 'em were lelaki..and dalam ketiga tiga arwah tu, yang aku sempat jumpa is my along la..masa tu aku skula rendah lagi..darjah dua tak silap..ye, memang tak silap lagi..masa tu umur arwah plak was around 21..lagi tiga minggu beliau nak menamatkan zaman bujangnye, tapi apa boleh buat, Allah lebih sayangkan along :'(
but now, im still havin my other two brothers..and two sisters..and im the youngest..hehe..meluat tak tengok aku speaking?hahahh skaty aku ler nak cakap bahasa apa pon..kau hado?lalalala
sekarang aku ada my parents, angah, abg cham, kak cda and kak cna..love 'em even ada jugak gado2 manje kengkadang kadang kadang..
my evening rainbow pelangi petang yang bakal jadi family aku merangkap my future spouse is paham paham jela kan..nak statekan nama jugak ke? tak payah la kan..korang nak tahu ke? nanti dah konfem and if ada pic dia ngan aku pakai baju pengantin nanti baru aku roger kat korang..huhu..tapi cam lambat lagi je..doa2 la dipercepat and dipermudahkan urusan kami ye..amin~
korang da penat ke baca entri ni? bosan eh? chillllex la dulu derrr..cerita pasal pelangi petang ni, aku ada tersnap pic pelangi time petang aritu aw..hahh..masa tu on the way nak pergi melaka. Masa drive tu gatal sangat tangan ni nak snap pic tu and nak berhenti kat tepi jalan je rasa..tapi sebbek nasib baik kat depan tu skit ada traffic light and turned red plak kan,, so aku pun ape lagi, teruslah keluarkan enset x8 aku yang kadang kadang agak blurrrred pic dia sebab tangan aku shaking..hehe..setelah agak puas hati ngan pic tu, aku pun berniat nak upload kat sini and buat entri pasal pelangi petang ni..hehehhhh..


nampak tak pelangi tu? kalau tak nampak moyang aku cakap lagi dua jumaat le tu..(*.*)



"~thanx for reading aten's blog~

Friday, 23 March 2012

::suke suki hati ini::bolehkeakutulisnovel?


"..ketawa dan air mata..itu sebenarnya cinta.." layan gile la ngan lagu lestari ni. Lagi-lagi hati tengah sedih tahap tak hengat nih..Ape boleh buat..bende nk jadi. Aku kena mandi bunga ni gamaknya. Bak kata opah la..hehe.Sampai sanggup tu beli DVD original album kompilasi slow rock Nanges Beb. Tiap kali masuk kereta, balik-balik lagu yang sama je dilayannya. Naziha Umairah. Wajah yang lembut langsung tak menggambarkan gadis ini seorang yang kasar  tapi tu pon kalau dia pakai baju kurung la.hehe. Jeans levi's straight cut la yang jadi pilihan di hati untuk disarungkan ke badannya yang ala-ala dato' Siti gitu, plus dengan loose t-shirt yang berlengan panjang..kadang-kadang seluar jeans abang dia pon dikebasnya..
membesar dengan tiga orang abang sedikit sebanyak telah mempengaruhi perwatakan seorang gadis bernama Naziha Umairah bt Nordin. Walaupun begitu, sebut sahaja masakan apa, semua dia boleh masak. Tak macam sesetengah perempuan yang 'ganas' cam dia, dah lah ganas, masak pon tak reti.
"At least saya ni boleh lah lagi nak masak untuk suami saya kan opah, walaupun saya camni. Thanks opah sebab ajar saya jadi perempuan sejati," kata Naz. "Banyaklah kamu punya sejati  Naz oi..rambut pun dah macam jambul ape tah aku tengok, nasib baik mata aku ni nampak lagi. Kalau tak, kamu dengan abang kamu tu sama je aku nampak." leter opah. "Ala...opah ni tak rock ar camni..saya ni luaran je camni opah, tapi dalam hati ada taman...huhuhu," usik Naz.
Ya, dan taman itulah yang telah dirosakkan dan dicemari dengan cinta dusta seorang Azri yang tidak tahu menghargai cinta seorang gadis idaman Malaya macam aku ni. Bukan senang tau lelaki nak bercucuk tanam kat taman dalam hati aku ni. Frust giler kot aku mase tu. Dah lah first love, kecundang kat tengah hi-way pulak tu. Apa aku merepek ni...Opah jela tempat aku mengadu selama ni setelah kehilangan kedua ibubapa ku sejak aku di bangku bilik air opah aku lagi..hehehe tak lah..sejak aku tadika lagi aku tak dapat merasa kasih sayang kedua ibubapaku. Mujur aku mempunyai opah dan abang-abang yang bertanggungjawab dan menghadapi susah senang bersama. Korang ade?lalala..

to be continued..soon~

"~thanx for reading aten's blog~